BAHAGIAN 2

MATAWANG

Tuesday, March 31, 2009

PENGENALAN MATAWANG

- Matawang didagangkan melalui ‘broker’ atau ‘dealer’ yang akan menguruskan arahan-arahan jual beli anda. Namun, keputusan adalah 100% ditangan anda untuk membeli atau menjual sesuatu matawang.

- Matawang-matawang ini juga didagangkan dalam bentuk berpasangan. Seperti mana saya berikan dalam contoh tadi, USD berpasangan dengan RM (MYR/USD).

Antara matawang yang sering dan popular untuk diniagakan adalah seperti berikut:

Simbol Negara Matawang Nickname

USD Amerika Syarikat Dollar Buck
EUR Negara-negara Eropah Euro Fiber
JPY Jepun Yen Yen
GBP Great Britain Pound Cable
CHF Switzerland Franc Swissy
CAD Canada Dollar Loonie
AUD Australia Dollar Aussie
NZD New Zealand Dollar Kiwi


Simbol Matawang Forex selalunya terdiri daripada tiga huruf. Dua huruf permulaan adalah menunjukkan nama negara tersebut dan huruf ke tiga melambangkan nama matawangnya. Contoh:

USD: US = United State, D = Dolar.

- Secara umumnya, kadar tukaran bagi sesuatu matawang vs satu matawang lain adalah berkait secara langsung dengan keadaan ekonomi negara tersebut dengan ekonomi negara pasangannya. Contoh:

Jika keadaan ekonomi di Negara A adalah lebih baik daripada ekonomi Negara B, maka, nilai matawang Negara A juga akan menjadi lebih baik berbanding nilai matawang Negara B.

No comments:

Post a Comment