BAHAGIAN 2

MATAWANG

Tuesday, March 31, 2009

MAJOR PAIR DAN CROSS PAIR

MAJOR PAIR

- Pasangan matawang yang melibatkan matawang USD sama ada sebagai BASE ataupun QUOTE currency.

- Contohnya USD/JPY dan GBP/USD.

CROSS PAIR

- Pasangan matawang yang langsung tidak melibatkan matawang USD. Contohnya EUR/JPY dan GBP/CHF

MATAWANG MAJOR DAN MINOR

MATAWANG MAJOR

- Merupakan matawang yang popular dan banyak didagangkan.
- Contohnya : USD, GBP,JPY….

MATAWANG MINOR

- Merupakan matawang yang tidak popular dan jarang didagangkan.
- Contohnya : MYR (RM)

MATAWANG BASE DAN QUOTE

- Matawang selalu disebut secara berpasangan (pair) seperti USD/JPY dan GBP/USD.

- Ini adalah kerana apabila kita membeli sesuatu matawang, bermakna pada masa yang sama kita menjual satu matawang yang lain.



MATAWANG BASE (BASE CURRENCY)

- Matawang yang ditulis dahulu di bahagian hadapan, di sebelah kiri tanda ‘slash’ – ( / ).

- Contoh : GBP/USD = 1.7000. *GBP adalah matawang BASE


MATAWANG QUOTE/COUNTER (QUOTE/COUNTER CURRENCY)

- Matawang yang ditulis kemudian di bahagian belakang, di sebelah kanan tanda slash.

- Contoh : GBP/USD = 1.7000. *USD adalah matawang QUOTE.

- Daripada contoh di atas, apabila kita membuat pembelian (BUY) pair tersebut bermakna kita membayar 1 USD untuk mendapat 1.7000 GBP (£). (Beli GBP, automatic jual USD).

- Apabila kita membuat penjualan (SELL) bermakna kita membayar £1.7000 dan menerima USD 1. – ( Jual GBP, automatic beli USD).

Sebab itu lah dikatakan apabila kita membeli sesuatu matawang, bermakna kita menjual satu lagi matawang yang berpasangan dengan matawang tersebut.

BASE currency adalah merupakan petunjuk asas (basis) kepada sesuatu JUAL/BELI matawang.

Contohnya apabila anda Buy USD/JPY, bermakna matawang yang anda beli adalah USD iaitu base currency bagi pair ini.

PENGENALAN MATAWANG

- Matawang didagangkan melalui ‘broker’ atau ‘dealer’ yang akan menguruskan arahan-arahan jual beli anda. Namun, keputusan adalah 100% ditangan anda untuk membeli atau menjual sesuatu matawang.

- Matawang-matawang ini juga didagangkan dalam bentuk berpasangan. Seperti mana saya berikan dalam contoh tadi, USD berpasangan dengan RM (MYR/USD).

Antara matawang yang sering dan popular untuk diniagakan adalah seperti berikut:

Simbol Negara Matawang Nickname

USD Amerika Syarikat Dollar Buck
EUR Negara-negara Eropah Euro Fiber
JPY Jepun Yen Yen
GBP Great Britain Pound Cable
CHF Switzerland Franc Swissy
CAD Canada Dollar Loonie
AUD Australia Dollar Aussie
NZD New Zealand Dollar Kiwi


Simbol Matawang Forex selalunya terdiri daripada tiga huruf. Dua huruf permulaan adalah menunjukkan nama negara tersebut dan huruf ke tiga melambangkan nama matawangnya. Contoh:

USD: US = United State, D = Dolar.

- Secara umumnya, kadar tukaran bagi sesuatu matawang vs satu matawang lain adalah berkait secara langsung dengan keadaan ekonomi negara tersebut dengan ekonomi negara pasangannya. Contoh:

Jika keadaan ekonomi di Negara A adalah lebih baik daripada ekonomi Negara B, maka, nilai matawang Negara A juga akan menjadi lebih baik berbanding nilai matawang Negara B.